Friday, November 14, 2008

PENDAKWAH PERLU KAYA

Frasa yang digunakan mungkin agak pelik kerana acap kali orang yang dikatakan pendakwah yang sesuai dinobatkan sebagai oarang PALING ZUHUD didunia hidup dalam keadaan serba kurang dari pandangan umum.Namun,makna zuhud itu sering disalah ertikan oleh ramai umat Islam kerana memandang bahawa orang zuhud adalah orang yang serba menumpukan akhirat semata-mat sehingga lupa akan dirinya.Namun,wajib(manusia)diingat bahawa erti zuhud harus difahami dengan teliti.Zuhud dengan erti kata lain adalah menumpukan diri kepada perkara akhirat tapi tidak melupakan dunia dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menegakkan agama Allah hatta tergadai nyawa,harta,keluarga... Suatu ketika ditanya oleh seorang sahabat kepada Rasulullah S.A.W adakah orang yang kaya dan miskin akan mendapat pahala yang sma jika beramal.Rasulullah S.A.W menjawab ya,tapi orang kaya ada kelebihan kerana dapat berjuang dengan hartanya disamping berjuang dengan dirinya...maka,renungkan.

Thursday, November 13, 2008

KEMANA DUIT MELAYU?

Dewasa kini,ramai yang meletakkan diri dalam keadaan 'play save' atau 'comfort zone' yang hanya memeluk tubuh untuk labih berusaha.Perkara ini tebukti dengan berita muka hadapan utusan yang menyatakan bahawa golongan yang berpendapatan dibawah RM1000 adalah golongan berbangsa Melayu.Malulah wahai Melayu sekelian! Malulah wahai Melayu sekelian!Malulah wahai Melayu sekelian! Jangan sampai tanah dan negara tergadai kerana kita gagal menguasai ekonomi ditanah sendiri.Agama Islam pasti dipandang tinggi sekiranya umatnya maju dan cemerlang dalam setiap bidang.AYUH!QUM!