Saturday, January 31, 2009

Tua sudah..

Hidup awal pagi, bermula dengan solat suboh seterusnya meneruskan dengan bacaan ayat suci alQuran di mahallah di uiam gombak.Terasa bayu ukhuwwah menyapa penuh ketenangan menyebabkan diri ini terlena semula.Seterusnya pulang ke uiam Petaling jaya dengan daya yang semakin berkurangan..Kurangnya tenaga masih lagi terasa selepas pulang dari Tamrin Qiyadiy.Kerehatan ku gapai dengan hampir seharian sehingga aku hampir rebah untuk membantu adik-adik ahli kelab Perkim.Maka, sore 27 JANUARI 2009 itu ku turun juga ke dewan ku gagahi langkah dan membantu serba sedikit untuk mula malancarkan majlis pelancaran Bulan Amal Perkim.Maka malam tersebut telah bermula lah program tersebut dengan lancarnya dan berakhir dengan selamat.Aku diberikan tempat untuk berucap KETIKA 28JANUARI 2009,rupa-rupanya sahabat-sahabat dalam Perkim Club sudah sedia untk menyambut Hari Lahir Ku yang ke-20 tahun.Maka,pada waktu tersebut aku tersedar bahawa aku ini TUA SUDAH..

Wednesday, January 28, 2009

Menyusun saf Qiyadiy..

Alhamdulillah kem kepimpinan telah berlalu dengan baiknya dikalangan adik-adik yang bakal menjadi qiyadiy.Namun, harus diingat, menjadi pimpinan banyak tugasannya dan tanggungjawab yang wajib dipikul.Jangan dijadikan beban, tetapi dijadikan peluang untuk merangkul ilmu dengan sedalam-dalamnya dengan tekun.Semakin berat tanggungjawab yang ditanggung, semakin matang diri dan jiwa kita melalui segala mehnah dan tribulasi yang mendatang.Muhasabah diri senantiasalah dilakukan agar kita lebih terjaga dalam mengejar program walhal kita wajib orientasi misi.Kita kadang-kala leka mngejar program sedang hakikat kita terpenjara dengan protokol dan prihal masa yang semakin mencemburui.Alangkah indahnya jika semua ini menjadi mudah.Awas! tiada yang mudah dalam berdakwah sedang Nabi Muhammad S.A.W dicerca dan dihina tetapi berkat kesabarannya beliau menjadi pemimpin terulung dengan usaha dakwah yang semakin berkembang pesat sehinggalah sampai kepada kita dan merasailah kita nikmat iman dan ihsan. Sungguh cantik perjalanan dakwah itu jika dihayati secara keseluruhannya.Maka bersama-samalah menghayati perjalanan dakwah agar menjaddi pimpinan yang benar-benar unggul memegang kepimpian Islam secara sahih.

Saturday, January 17, 2009

budaya


Bagaikan tercabut daging dari kulitnya,terasa amt pahit sekali dan merasakan tidak mampu untu bebrbuat apa-apa kerana tersepit antara dua piahk.Pertembungan yang amat sengit antara barat dan timur yang berlaga dalam diri ini.Pertama soal masa,aku amat gagal untuk menyelaraskan sistem antara kedua-duanya.Budaya melayu yang agak pelik yang sering melakukan perkara yang "asal boleh" membuatkan aku jadi leka dan tidak benar-benar memenuhi segala permintaan sekeliling walaupun dalam jemaah.Aku tergamam dan terlalu terteka memikirkan perkara ini.Seterusnya,jika dibandingkan dengan barat yang sangat tepat untuk memutuskan sesuatu perkara dan melakukan dengan bersunggguh-sungguh.Aku terfikir sejenak aapakah benar kaedah barat tersebut yang mempunyai dapatan yang amat tepat dan menjadi bangsa yang menguasai dunia saban hari sehingga sekarang.Aku seakan-akan terikut-ikut untuk menjadi seperti mereka,tetapi buka budaya.Awas pada budaya barat kerana ianya kan membawa keruntuhan yang terllu jauh dari agama Islam yang syumul ini.Lalu, aku mengambil kepuusan untuk mengamalkan kaedah barat,budaya melayu yang sudah pasti tercipta formula yang mantap seterusnya membuatkan aku menjadi lebih mantap untuk akan datang.Aku terlalu takut sekiraya aku tidak dapat mengahasilkan yang terbaik.Formula seterusnya,perangai orang barat yang terlalu "open" atau menerima pandangan orang lain denga hati terbuka juga membuatkan aku berfikir bagaimanakah caranya ntuksampai ethap tersebut yang sudah pasti terlalul perit untuk menguah perangai yang dah sebati dengan darah daging kita sendiri.Maka,tidak hairanlah jika Barek Obama boleh menerima Hillary Clinton unutk dicadangkan sebagai Setiausaha Amerkia Syarikat.Mungkin perlu melihat dari pelbagai aspek lagi untuk kita berubah memperkuatkan Ummat Islam

Keberlangsungan


Keretapi itu maju dengan halaju ang amat deras seolah-olah tidak mahu mengenakan geseran pada landasan untuk mencapai halaju kosong pada setiap hentin yang mempunyai seribu satu nostalgia sejarah yang tak dapat dilupakan oleh segelintir golongan warga senior-senior atau lebih dikenali sebagai warga emas.Aku tergamam memikirkan keadaan diri ini adakah aku sehebat keratapi itu yang mampu memberikan sepenuh cinta kepada landasan dengan menerima keadaan landasan dalam apa-apa jua keadaan samada keadaan panas pada landasan atau sejuk.Aku juga terfikir akan kehebatan keratapi yang tidak pernah jemu melawati setiap hentian berkali-kali tampa mengeluh sedikit pun..Aku berfikir..Tuhan jadikan keretapi yang sumbernya dari tanah untuk tand kekuasaan Nya kepada manusia.Aku berfikir lagi,Adaka aku sehebat keretapi yang menerima apa sahaja orang mahupun barang-barang untuk dibawa ketempat yang dipinta?aku berfikir lagi, adakah aku boleh mejadi sehebat keretapi yang sentiasa ISTIQAMAH dalam menjalankan keberlangsungan tanggungjawabnya selaku keretapi, dan adakah sku melakukan tanggungjawab aku sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi ini dan sentiasa memastikan keberlangsungan tugasan dakwah itu?Camno tuh?Pikiorla sendiri?!

Friday, January 16, 2009

Dasar Ekonomi Islam Serantau

Melihat kepada perkara yang sedang belaku kni,terasa terpanggil untuk mewujudkan satu gagasan ekonomi baru untuk Persatuan Pelajar Islam Nusantara.Kehebatan ekonomi negara eropah membuatkan mereka berani untuk menawarkan jerat bank dunia kepada kebanyakan negara-negara Islam sebelum mereka meratah ummat muslim.Saban hari kita melihat Israel laknat membedilkan negara kiblat kedua ummat Islam yang di kenali sebagai Palestin.Tidakkah kita hairan apakah yang menyebabkan negara-negara teluk sekitar Palestin tidak menghulurkan bantuan??Ya jawapan nya kerana kelumpuhan ekonomi yang di jajah oleh ngara eropah.Melihat kepada perkara ini,rupa-rupanya negara-negara teluk telah meminjam wang dari bank duia pada jumlah yang sangat besar.ini adalah strategi yang digunakan oleh Amerika yang dikawal oleh Israel laknatullah.Maka,atas kesedaran itu,sewajarnya kita sedar untuk mewujudkan Dasar Ekonomi Islam Nusantara.Sebagai satu badan induk yang akan membantu mana-mana persatuan pelajar Islam seluruh asia tenggara agar dakwah Islamiah itu berjalan dengan lancar sekali.Dana tersebut akan dikumpulkan sebanyak yang mungkin yangakan diperolehi melalui syarikat-syarikat muslim asia tenggara.Dengan pengukuhan dasar ini,seluruh pergerakan persatuan pelajar Islam serantau ini akan mempunyai sumber ekonomi yang cukup kukuh untuk bergerak.Seperti dalam pembentangan yang disampaikan oleh saudara Yusri Mohamad Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia dalam Muktamar Amal Islami Malaysia yang telah dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah,beliau menegaskan bahawa, antara kekuatan Jeamaah Islam ialah pengukuhan ekonomi dengan mendapat sumber yang berkat.Maka, dengan itu, saya selaku ahli PKPIM akan mengusulkan perkara ini kepada Naib Presiden Antarabangsa PKPIM untuk melaksanakan agenda ini bermula Muktamar Sanawi Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara yang akan berlangsung pada Februari ini.InsyaAllah,Hidup Biar Berjasa!

Monday, January 12, 2009

Pertemuan semua penjuru..

Saat yang dinanti-nantikan kini kembali dengan semangat sukarelawan yang Tuhan kurniakan, PKPIM dijemput selaku sekretariat pendaftaran Muktamar Amal Islami anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.Aku terkasima lalu tak mensia-siakan peluang keemasan ini.Dengan menjadikan muktamar tersebut sebagai landasan, aku mengambil keputusan untuk menjadikan muktamar tersebut sebagai tempat untuk menyumbang kepada agama,bangsa dan negara tercinta ini.Pelbagai NGO-NGO Islam(non-government organisation)telah dijemput dan berjanji akan hadir..Tidak sabar rasanya menunggu saat umat Islam bersatu dan disitulah akan terbinanya kekuatan yang akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk terus maju.Wallahu`Alam..

Friday, January 2, 2009

merdeka!

MERDEKA ! awal-awal tahun tiba-tiba merdeka?selambe je.....saat hati menerima pekerjaan sambilan di Perkim MKIM sebulan lebih yang lepas diharapkan bos memahami untuk membenarkan tugasan selaku "pentol"(ketua dalam bahasa jawa) bagi kelab perkim uiam.Namun,hampir menjadi longlai aku dibuatnya.Kerja tak tertanggung sehingga menyebabkan aku tertekan untuk melunaskan segala taklifat yang telah diberikan.Hampir sebulan itu juga,aku ketandusan tenaga untuk menguruskan kelab dan hampir sebulan itu juga aku tertinggal banyak peristiwa yang bermakna seperti program dan penghantaran petisyen bantahan.Pendek kata,aku jadi hampir lumpuh.Kini,aku ingin bangun semula.Aku tahu di mana ketajaman dan kepantasan yang aku ada untuk menyelesaikan semua ini.Ya,aku perlu melepaskan mana-mana jawatan yang ada padaku.Yang pasti,jawatan sebagai hamba Allah dan sabagai penuntut adalah tanggungjawab pertama dan terutama.Ku sedar,diri ini hampir dikaburi nilai dunia yang semakin dihirup semakin haus.aku akur..aku lebih rela menunggu untuk menjadi guru tahfiz dari manjadi setiausaha yang kerjanya hampir menimbun saban hari.Kaki ini rasa bebas selepas meghantar notis berhenti kerja petang tadi.huh!ku hadapi juga..Suri hati ku sering peringatkan tentang hal ini,namun kedegilan menghantui diri dari kelmarin lagi.Tidak mengapa lah.Aku faham dan kene sedar keutamaan bagi diri ku.maka,dengan ini,aku isytiharkan merdeka!!