Sunday, December 6, 2009

Zikir rindu


Apakah insani dilarang untuk bercinta?adakah terlalu banyak kisah rindu yang terpadam?kenapakah ada insan tersalah rindu?dan akhir sekali bagaimanakah untuk terus merindu walaupun seringkali dan acap kali ketemu?...pasti soalan-soalan dan pemikiran-pemikiran ini sukar dikupas sungguhpun insan yang sudah mempunyai insan dihati hatta insan yang bergelar "married''(dalam bahasa jawa) sekalipun.

Sebenarnya,setiap kali kita merindu sesiapa sekalipun,ayah ibu sahabat handai mahupun si pencuri hati sekalipun,yang wajib diingati ialah Yang menciptakan hati ini dan yang empunya hati yang seringkali menguji setiap hambaNya yang sudah pasti meningkatkan tahap iman dan ihsan sseorang itu.

Semakin kita dekat dengan Tuhan empunya hati,rindu itu semakin kuat dan menjadi semakin manis kerana kita dalam lingkunganNya.Alhamdulillah semuanya ini harus diyakini dengan hati yang kuat.Tuhan menguji kita pada tahap kita dn sudah pasti Dia membalas kita dengan ganjaran yang tidak ternilai banyaknya yang sudah pasti tidak dapat dibeli dengan wang ringgit yang menimbun banyaknya.

Awal 20-an merupakan zaman yang mencabar untuk ditempuhi kerana zaman 'gila-gila ' sudah bermula setibanya dengan dugaan Tuhan yang teramat mencabar.Formulanya mudah sahaja dengan starting dengan baik,cukupp untuk menjadi bekal sepanjang kehidupan selepas itu.Jagalah solat,ikhtilat lelaki dan perempuan,jagalah adab dan akhlak.Zaman ini adalah sebenar kehidupan dan zaman ini dalah zaman terbaik mengaplikasikan kehidupan seperti yang telah diajar oleh ustaz-ustazah ketika zaman hingusan dahulu.Maka kita akan tenang dengan berzikir sungguhpun merindu seseorang.InsyaALLAH..