Tuesday, December 30, 2008

malunye aku..


Hari-hari yang dilalui seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku.Seperti biasa,pagi akan jadi dhuha,dhuha akan jadi tengahari,tengahari jadi petang,petang akan jadi malam.Jadi suboh dan menempuh hari berikutnya.Sedang ramai yang tahu di PALESTIN sana beratusan umat ISLAM berlumuran darah,anak kecil disini bermain air longkang,air kolam renang sedang anak kecil di sana bermain darah ibu dan bapanya,darah-darah mulia para shuhada` yang ditoreh andainya,berbuih kalimah LAA ILLA HA ILLAH,MUHAMMADUR RASULULLAH.Aku terkasima memikirkan ini semua.Sedang aku berjuang di sini kadang-kadang diselangi dengan kerehatan yang berkepentingan sendiri.AKU MALU.Aku disini hanya berperang dan bermujahadah dengan diri sendiri,acuh tak acuh dengan berjuang sambil lewa kadang kala.AKU MALU.Aku berasa seakan-akan aku terpanggil kesana.Bagaimana?Bila?Aku kene berazam.Andai hanya terdaya utuk melawat sekalipun,aku kene cuba.Malunye aku kerana sekadar berazam.

hijrahkah kita?

Seakan-akan di buai dunia yang semakin berputar mengikut jejarinye dengan kehebatan had laju yang semakin tidak membatasi dan agak global bunyinya.Diri ini akur dengan ketentuan Tuhan punya alam yang meletakkan diri ini ditempat yang agak sibuk untuk memikul tugasan dakwah mengikut keadaan dan wadah perjuangan masing-masing..mencari sumber kewangan untuk jemaah merupakan suatu yang agak berat dan mencabar.Alhamdulillah,pengalaman itu sungguh manis.Sungguhpun kesempitan waktu untuk melayan suri hati ini,namun hasrat hati ini merakamkan setinggi-tinggi pengharagaan tak terhingga kerana sabar dan berkorban.Moga Allah sahaja yang membalas jasa pengorbananmu.Bilakah kita akan menjumpai 'turning point' atau berhijrah dari keadaan sebelum ke keadaan yang lebih baik.Segalanya bermula dengan niat"inna ma a`malu binniat" segala amalan bermula dengan niat.Maka,berazamlah utuk memperbaiki diri dan dapatkanlah jalan terbai untuk berhijrah dan lakukan dengan sebaik-biknya.Bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu adalah penting.Seterusnya,janganlah kite mempertikaikan apa-apa yang sahabat kita lakukan yang penting,apakah yang kita lakukan untuk jemaah dan ISLAM itu sendiri.Percayalah,Insya`Allah dengan menanam kata-kata ini dalam diri,kita berjaya dan mampu membina tamadun khaira ummah

Tuesday, December 16, 2008

Forum khas anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia minta pemimpin beri perhatian

FORUM Khas: Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI memberi peringatan kepada pemimpin Melayu agar membatalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku. Sekretariat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selaku penganjur turut bercadang mengemukakan saman dan membuat laporan polis terhadap pemimpin Melayu yang melanggar Akta Bahasa 1952 dan Perlembagaan serta mereka yang terus mengekalkan PPSMI kerana dianggap tidak mengikut lunas perundangan. Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli, berkata pihaknya tidak lagi mahu berlembut dan berbincang apabila pendapat ilmuwan dan tokoh bahasa yang mewakili suara akar umbi tidak lagi didengari, sehingga mendorong mereka untuk mengambil tindakan tegas menyelamatkan bahasa Melayu selepas mendapati bahasa diplomasi tidak lagi difahami

Saturday, December 13, 2008

formular


kaedah ekonomi malaysia sekarang telah direka khas oleh amerika syarikat untuk kepentingan politiknye sendiri dan kekuasaan keatas negara-negara lain terutama negara Islam.saya gariskan tiga masalah atau punca masalah ekonomi negara dan langkah menyelesaikannya.
Pertama:
Kapilisme telah memansuhkan emas sebagai sandaran utama mata wang dan memperkenlkan mata wang dolar sebagai sandaran setara mata wang dunia selepas tamatnya perang dunia kedua.di bawah Perjanjian Bretton`s Wood dan kemudiannya dan seterusnya penggantian terus emas dengan matawang dolar amerika pada 1970.Praktik ini menyebabkan ekonomi dunia begitu terdedah kepada keadaan ekonomi amerik syarikat. Ini kerana,mata wang di kebanyakkan negara di dunia,jika tidak semua,diikat dengan mata wang AS dan bukannya dengan emas.Walaupun wang AS tidak lah seberapa.Maka,tidak hairanlah jika matawang saudi,kuwait,walaupun lebih tinggi tetapi masih lagi dikawal dan mengikut dan tunduk patuh kepada AS walaupun dalam isu-isu Palestin Nega-negara Islam lain.Maka,dengan keadaan ini,tahulah kita,selagi emas tidak dijadikan sebagai sandaran mata wang,maka kita akan menghadapi masalah ekonomi rekaan AS dalam masa setiap sepuluh tahu sekali.

Kedua:
Pinjaman berasaskan riba telah menyebabkan kerumitan ekonomi.Walaupun nilai pokok pinjaman beserta riba sedikit demi sedikit berkurangan setiap masa,namun, dalam banyak keadaan,individu atau negara tidak mampu membayar.Maka,tahulah kita,jika ingin maju,hapuskan riba!

Jihad ekonomi-retorik??




"aku ingin belajar...tekun unutuk mendapat kerja yang bagus-bagus"...kemudian? "gaji yang lebih sedikit dari bapaku" atau...kata bapa."anak..belajar rajin-rajin supaya dapat gaji besar" Maka,selepas itu ramai anak-anak yang bergaji besar tetapi gajinya dibayar china.Menjadi hamba di negara sendiri..tapi bangga di kampung halaman kerana didakwa punyai gaji paling besar dari ketua kampung."Orang Melayu" di bahagikan kepada dua aspek.Yang pertama,Melayu yang gila duit tak kira di mana jua.Yang kedua,Melayu yang salah afsir zuhud.kedua-duanya ak boleh dijadikan contoh.Jihad ekonomi dipandang serius oleh golongan "zuhu" yang berpendapatan rendah dan perkara yang berlaku ialah,barangan kafir laknat tetap juga dibeli kerana tiada barangan yang lebih murah.Sementara golongan yang berpendapatan tinggi dan punyai kewangan yang agak mantap,sering memperlekehkan barangan buatan umat Islam.situasi yang agak malu untuk di bincangkan. Malu!malu!malu!

Friday, December 12, 2008

Terhenti disitu...

Sementelahan wujudnya masalah ekonomi,sedarlah kita,siapakah yang menjadi punca kepada permasalahan ekonomi di tanah air tercinta ini?Tidak lain dan tidak bukan ialah para pembekal dari bangsa negeri 'sinniin'(china) dan pengguna yang paling tegar di tangga nombor satu carta pengguna adalah bangsa Melayu.Kita lihat dimana silapnya sehingga terjadi sebegini sebegini kucar-kacir dunia Melayu Malaysia.Rupa-rupanya jawapannya ada dalam diri kita sendiri.Dua faktor utama ialah pemikiran dan persekitaran Melayu itu sendiri.Secara teorinya,persekitaran akan mempengaruhi pemikiran.Kita kupas perkara ini agar tidak terlalu kompleks.Pemikiran memperlihatkan dalaman.Berapa ramai ummat Islam berbangsa Melayu yang mementingkan diri sendiri dan nasab keturunan.Bukan sedikit,tetapi lebih sedozen yang berfikiran begitu, sedih bukan kepalang melihat senario yang agak menyentuh hati ini.Selepas dikaburi dengan hal dunia dan dihiasi dengan kerlipan yang agak mengasyikkan, maka lupalah dia akan kewajipan membantu pada insan yang memerlukan.Maka,akan terhentilah hartanya yang bergunung disitu.Situasi pemikiran pula dapat kita lihat dari segi pemikiran mahasiswa masa kini.Niatnya untuk belajar dan berkobar-kobar ingin meneruskan perjuangan.Bukan mencari ketenangan dan redha Allah,tetapi mencri harta dunia setinggi gunung.Ada pula yang berfikran malang,yang hanya ingin duduk bersandar di sofa,selesa dengan keadaan yang ada dan ingin bersenang dengan anak-anak.Malu rasanya bila mengenangkan situasi ini.Maka,usia emas ketika muda belia akan dirugikan begitu sahaja tanpa membanting tulang untuk ketenangan akan datang.Maka, layulah Melayu disitu dan da Terhentilah disitu.