Monday, April 26, 2010

Halatuju sebenar ke destinasi impian..

Setiap orang mempunyai halatuju hidup masing-masing yang sudah pasti mengiinginkan yang terbaik matlamat hidup.Akan tetapi tercapaikah kita?mampukah kita?hbatkah kita?sejauh manakah potensi diri kita?adakah kita adalah antara ribuan yang berjaya?dan adakah kita mampu untuk menjadi sebutir permata yang PALING BERSINAR di antara jutaan permata yang ada..
Segalanya bergantung kepada apa yang Tuhan taqdirkan keatas kita dan sekuat mana usaha kita.
Elemen utama perlu diingat,iaitu usaha, ikhtiar dan tawakkal.Tuhan menguji seseorang itu kerana kekuatan yang ada padanya adalah pada tahap yang boleh diuji.Kerana itu,theory aqal menyatakan bahawa,kita adalah apa yang kita fikirkan.Sebagai contoh,dua kumpulan pesakit dibahagikan mengikut wad dan diberikan ubat yang sama.Pada pesakit A kita katakan bahawa ubat ini adalah yang terbaik dan paling mahal di abad ini,mampu menyembuhakan penyakit yang dihidap dengan berkesan.Manakala pesakit kedua pula kita nyatakan kepdanya dengan nada sayu dan agak malas bahawa,"saudara-saudari,ubat ini tahan sekejap je,cukup sekadar menahan sakit sahaja dan ubat ini yang paling pada tahapnye kerana paling murah menggunakan teknologi yang ketinggalan zaman".kajian membuktikan bahawa peratus pesakit A yang telah sembuh penyakitnya adalah sangat tinggi berbanding pesakit B .
Keputusan uji kaji tersebut adalah kerana apa yang difikirkan oleh pesakit A adalah sesuatu yang positif dan sangat optimis untuk sihat dengan ubat yang dimakan setelah diyakinkan oleh Doktor.Akan tetapi,pesakit B sudah mula memikirkan betapa hilang dan punahnya harapan untuk hidup dek kerana ubat yang diperoleh adalah ubat murahan.
Selain itu,pemikiran juga membentuk masa depan seseorang.Seorang yang optimis menggunakan tindakan luar kawalnya untuk mencapai apa yang diinginkan walaupun apa yang dihajati itu agak mustahil untuk dicapai.oleh iu,ayuh optimis!

No comments: