Saturday, December 13, 2008

formular


kaedah ekonomi malaysia sekarang telah direka khas oleh amerika syarikat untuk kepentingan politiknye sendiri dan kekuasaan keatas negara-negara lain terutama negara Islam.saya gariskan tiga masalah atau punca masalah ekonomi negara dan langkah menyelesaikannya.
Pertama:
Kapilisme telah memansuhkan emas sebagai sandaran utama mata wang dan memperkenlkan mata wang dolar sebagai sandaran setara mata wang dunia selepas tamatnya perang dunia kedua.di bawah Perjanjian Bretton`s Wood dan kemudiannya dan seterusnya penggantian terus emas dengan matawang dolar amerika pada 1970.Praktik ini menyebabkan ekonomi dunia begitu terdedah kepada keadaan ekonomi amerik syarikat. Ini kerana,mata wang di kebanyakkan negara di dunia,jika tidak semua,diikat dengan mata wang AS dan bukannya dengan emas.Walaupun wang AS tidak lah seberapa.Maka,tidak hairanlah jika matawang saudi,kuwait,walaupun lebih tinggi tetapi masih lagi dikawal dan mengikut dan tunduk patuh kepada AS walaupun dalam isu-isu Palestin Nega-negara Islam lain.Maka,dengan keadaan ini,tahulah kita,selagi emas tidak dijadikan sebagai sandaran mata wang,maka kita akan menghadapi masalah ekonomi rekaan AS dalam masa setiap sepuluh tahu sekali.

Kedua:
Pinjaman berasaskan riba telah menyebabkan kerumitan ekonomi.Walaupun nilai pokok pinjaman beserta riba sedikit demi sedikit berkurangan setiap masa,namun, dalam banyak keadaan,individu atau negara tidak mampu membayar.Maka,tahulah kita,jika ingin maju,hapuskan riba!

1 comment:

al-Jundi said...

bagaimana pendapat semua?