Friday, December 12, 2008

Terhenti disitu...

Sementelahan wujudnya masalah ekonomi,sedarlah kita,siapakah yang menjadi punca kepada permasalahan ekonomi di tanah air tercinta ini?Tidak lain dan tidak bukan ialah para pembekal dari bangsa negeri 'sinniin'(china) dan pengguna yang paling tegar di tangga nombor satu carta pengguna adalah bangsa Melayu.Kita lihat dimana silapnya sehingga terjadi sebegini sebegini kucar-kacir dunia Melayu Malaysia.Rupa-rupanya jawapannya ada dalam diri kita sendiri.Dua faktor utama ialah pemikiran dan persekitaran Melayu itu sendiri.Secara teorinya,persekitaran akan mempengaruhi pemikiran.Kita kupas perkara ini agar tidak terlalu kompleks.Pemikiran memperlihatkan dalaman.Berapa ramai ummat Islam berbangsa Melayu yang mementingkan diri sendiri dan nasab keturunan.Bukan sedikit,tetapi lebih sedozen yang berfikiran begitu, sedih bukan kepalang melihat senario yang agak menyentuh hati ini.Selepas dikaburi dengan hal dunia dan dihiasi dengan kerlipan yang agak mengasyikkan, maka lupalah dia akan kewajipan membantu pada insan yang memerlukan.Maka,akan terhentilah hartanya yang bergunung disitu.Situasi pemikiran pula dapat kita lihat dari segi pemikiran mahasiswa masa kini.Niatnya untuk belajar dan berkobar-kobar ingin meneruskan perjuangan.Bukan mencari ketenangan dan redha Allah,tetapi mencri harta dunia setinggi gunung.Ada pula yang berfikran malang,yang hanya ingin duduk bersandar di sofa,selesa dengan keadaan yang ada dan ingin bersenang dengan anak-anak.Malu rasanya bila mengenangkan situasi ini.Maka,usia emas ketika muda belia akan dirugikan begitu sahaja tanpa membanting tulang untuk ketenangan akan datang.Maka, layulah Melayu disitu dan da Terhentilah disitu.

No comments: