Orang Melayu itu Islam dengan kedatangan saudagar Islam ke Tanah Melayu ini dengan mudah nya, Alhamdulillah, atas nikmat dan inyah Allah, Melayu itu telah Islam seluruhnya. Pelbagai usaha di lakukan oleh pihak kerajaan Melaka untuk memberikan kefahaman Islam kepada segenap pelusok orang Islam-Melayu yang berada di Melaka pada ketika tersebut. Akan tetapi, sesuatu yang mengecewakan pada ketika tersebut ialah, kebanyakan orang melayu kurang berperan serta dalam memajukan ekonomi yang sedia ada.Oleh kerana kemakmuran yang ada dan kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan bukan rakyat, menyebabkan perkara ini berlaku. Bersifat sederhana dengan tidak meningkatkan kemajuan kehidupan yang dilalui, orang melayu telah leka.Mereka tidak sedar bahawa nenek moyang mereka yang berhijrah dari kepulauan Indonesia untuk membuka Kerajaan Melaka, bukanlah mudah. Dilalui dengan Perit jerih. Maka, akibat dosa malas tersebut, orang melayu telah ditimpa bala yang sungguh berat sehingga terpaksa menanggung siksa penjajahan selama 466tahun dibawah 3 kuasa. Malu sungguh Melayu itu kerana merintih di negeri sendiri. Sesugguhnya, Allah telah berfirman bahawa, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri. Maka sedarlah orang melayu bahawa mereka perlu merdeka. Pelbagai graduan Melayu daripada segenap pelusok tanah melayu telah menyuarakan semangat mereka di dalam al-Imam dan beberapa akhbar lain di tanah melayu. Maka itulah pertama kali selepas 466 tahun Melayu mendapat wake up call untuk bangun dan mewujudkan negara yang merdeka dan bebas dan meletakkan Islam sebagai agama Rasmi tanah melayu persekutuan. Langkah yang dilalui penuh hati-hati agar tiada yang tersilap. Maka merdeka lah bangsa Melayu itu pada tanggal 31 Ogos 1957. Dalam meniti titian hidup yang penuh getir ini, Bangsa Melayu tidak pandang kebelakang lagi, bersatu dan terus maju mendukung aspirasi yang jelas membuka ruang untuk mentadbir dengan baik. Rupa-rupanya, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih susah daripada memperolehi kemerdekaan. Maka pada PRU-12 yang lepas Melayu terbahagi kepada 3 kerana bangsa asing yang memecah belahkan mereka. Melayu seolah-olah mencari bapa yang lain, atau parti yang agar hasrat keduniaan mereka tercapai. Telah hilang semangat perjuangan dalam diri mereka, dan yang ada adalah dasar mementingkan diri sendiri untuk memenuhi nafsu bujuwwah masing2. Itu tidak termasuk lagi dengan mereka yang telah mengorbankan diri mereka dengan jarum berisi dadah yang berada di 'serenti centre'. Malulah kita sebagai melayu, jangan kita hancur di bumi sendiri dan menjadi hamba di tanah kelahiran kita. Wake up call untuk melayu! Lihat di Kedah, apa sudah jadi dengan DAP? Konon Pakatan Rakyat yang akan membela rakyat. Ingat! Walaupun bangsa lain berada dalam Malaysia, merka tidak memperjuangkan kemerdekaan, yang memperjuangkan kemerdekaan adalah orang Melayu!!!
Saturday, July 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam perkenalan. tahniah atas paparan yang serius tentang perjuangan bangsa Melayu. Namun jgn lupa peranan kaum-kaum lain juga seperti Lee Kuan Yew yang menyebabkan British tunduk desakan untuk merdeka kerana bimbang pengaruh kominis. Perjuangan orang Melayu hakikatnya hanya mempertahankan hak Melayu berikutan dasar Malayan Unionn. Yang menggerakkan tuntutan Merdeka dimulakan KMM dan Lee Kuan Yew.
Post a Comment