Sunday, September 20, 2009

Diairi-semakin ramai menghilang..


29 Ramadhan-Perjalanan yang memakan masa selama 3jam dari selatan tanah air menuntut diri agar lebih sabar bermusafir ketika ramadhan,perut yang memulas ketika perjalanan lebih mentensyenkanhati. Dengan dugaan masalah hati yang semakin meruncing.Mungkin ada hikmahnya,Tuhan lebih sayangkan diri ini.

1 Syawal-Tiada apa yang istemewa Raya kali ini,yang berbeza ialah,beraya di Kuala Lumpur.Jalan raya lengang.salam perantauan dari pakcik mak cik yang berada di oversea, y.m conversation yang menghubungkan kami.Sorang, di kuwait,sorang di u.k,nasib baik tahun ni masih ok la, walaupun tak ramai.Tahun depan lagi ramai tak de,sorang family kat kuwait,uk,sepanyol,leads,alexendaria, pastu,cik poji akan ke US.

Atuk tak beraya-Semua beraya.walaupun atuk kate penat,sebenarnya dia sayup nak jalan,cik wan tak de.tak de semangat dah tu.tak pelah hari ni aku cakap orang,esok2 kalau aku pulak kene terbang,atuk pun sayup gak kot.Kesimpulannya,selagi masih terdaya nak gembirakan orang lain,kita cuba lah sedaya upaya.Salam aidilfitri...

Thursday, September 3, 2009

Pencarian Hala Tuju Hidup


Semakin lama, semakin dewasa setiap remaja Malaysia. Semakin lama semakin menuju alam dewasa yang menjanjikan sejuta mehnah dan tribulasi untuk ditempuhi. Apakah tujuan sebenar hidup ini yang menjadi tanda tanya yang semakin meruncing di dalam hati setiap yang bergelar makhluqat di muka bumi ini??

Tidak diciptakan manusia melainkan untuk beribadat kepadaNya- ya Rabb Yang Maha Kuasa menjadikan semua makhluk yang ada. Menjadikan daripada tiada kepada ada, dan meniadakan daripada ada kepada tiada. Maka, sehingga kini setiap yang bergelar remaja muslim, sekiranya masih tertanya-tanya kemanakah halatuju nya, maka, perkara pokok ini perlu di selesaikan. Selesaikan perkara fardhu ini dahulu. Selesaikan rukun iman yang lima itu, kemudian selasaikan rukun iman yang enam itu. Selepas itu, ketahuilah dan yakin lah, Tuhan bersamamu.

Zaman remaja merupakan zaman gila-gila. Zaman remaja mempunyai trend kegilaan sendiri yang sudah pasti menduga sang penjaga, kerajaan memerintah dan sebagainya. Zaman remaja ini, jika seseorang itu mempunyai kegilaan yang tertentu. Sekiranya ianya terdorong kearah kebaikan, alhamdulillah. Jika kearah keburukan, nau`dzubillah. Sebagai contoh, sekiranya seseorang remaja itu sibuk mengkaji kejuruteraan, dan dia merasakan bahawa seronok untuk terus mengkaji, dia akan menemui kegilaan untuk terus mengkaji. Dan idea-idea yang dilahirkan adalah diluar pemikiran sang pendewasaan. Akan tetapi, sekiranya pemikiran dan kegilaannya adalah merempit, dan yang menjadi kegilaannya adalah mengkaji bagaimana motor itu bolah dilajukan lagi diluar kemampuan jurutera jepun sekalipun.

Begitu juga dengan semangat ekstremis yang ada pada muda-muda sekarang ini juga terdorong dengan perkara-perkara tersebut. Yang beridealisme, sekiranya ia merasakan bahawa yang diperjuangkan itu adalah benar, maka akan di ganyang sehebat-hebatnya. Sehingga berdemonstrasi, membuat kacau dan sebagainya.

Itulah hebatnya generasi muda. Bilakah kegilaan ini akan mula merudum grafnya?? Apabila semakin meningkat dewasa, berumah tangga, beranak pinak... Maka, Bapak Sukarno pernah berkata, berikan aku 10 orang pemuda yang mana hatinya mampu berkorban apa sahaja untuk berjuang, akan aku gegarkan dunia ini!!

Thursday, August 20, 2009

Bulan Ramadhan bukan masa perang



Itulah sebenarnya yang sepatutnya parti politik Malaysia terangkan dengan jelas ketika Ramadhan ini, bukanlah masa yang sesuai untuk terus perang seperti bulan-bulan biasa. Ramadhan ialah bulan keberkatan yang wajib bagi setiap muslim menggunakannya untuk beramal.Akan tetapi,perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

Lagi seminggu hendak menghampiri Ramadhan, parti politik Malaysia masih lagi bertelagah akan pilihan raya kecil Permatang Pasir yang akan berlangsung tidak lama lagi. Terang lagi bersuluh, seakan-akan menjadi rutin harian parti politik di Malaysia yang akan bertanding setiap dua bulan. Sungguhpun begitu, politik tetap politik. Perjuangan mesti diteruskan.

Lagi seminggu hendak menghampiri ramadhan 2 parti di Malaysia masih lagi mempertikaikan kenyataan parti lawan.dua-dua tetap salah, yang satu pihak mencetuskan perbalahan, yang satu pihak lagi mencari salah lawan. Bukankah semua ini boleh dibawa berbincang?? Bukankah Melayu itu terkenal dengan sikap kompromi untuk kebaikan bersama?? Kalau kompromi untuk mendapatkan harta boleh sahaja,kalau untuk berdamai?? Semua pentingkan diri. Akan tetapi, harus diingat, bahawa semua itu adalah lumrah. Namun kawallah ia.

Lagi seminggu hendak menghampiri Ramadhan sudah berhadapan dengan situasi ini, tak tahulah, apakah bahana yang akan berlaku jika lagi seminggu hendak menghampiri Hari Raya. Buat follower alfutuwwah.blogspot.com, mohon maaf jika terkasar bahasa, terasa dan sebagainya - Penulis blog "Lagi seminggu nak raya, banyak assignment kene submit, hehehe"

Wednesday, August 19, 2009

Nikah-Connecting people - "pesan buat teman"


Oleh : Maszlee Malik

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai" (H.R. al-Bukhari)

Antara keluhan yang sering diluahkan oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin. Tuntutan naluri muda mereka menyeru mereka untuk berkahwin. Persekitaran yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat juga menuntut mereka untuk menghalalkan perhubungan berlainan jenis yang merupakan sifat tabi’i manusia. Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan juga laporan-laporan media membuktikannya. Sama ada hasil kajian yang pernah didedahkan oleh akhbar Kosmo pada awal tahun 2006, mahupun apa yang telah dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006. Kesemuanya membuktikan kemelut yang sedang dihadapi oleh para siswa dan siswi di IPT-IPT. Sayang sekali, kemampuan material mereka tidak membenarkan pernikahan dilangsungkan di alam pengajian. Ibubapa moden yang berfikiran materialistik dan kolot juga menjadi penghalang utama. Bagi para ibubapa, anak-anak mestilah menghabiskan pengajian, mestilah mempunyai kerja yang tetap dan kukuh, membeli kereta, barulah anak-anak tersebut boleh berkahwin. Akhirnya, anak-anak di IPT bergelumang dengan dosa berpacaran dan berkhalwat yang dilarang oleh Allah SWT.

Adakah kemampuan untuk bernikah terletak pada kerjaya, segulung ijazah, kereta, ataupun gaji yang lumayan?

Menurut jumhur ulama, kemampuan yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah kemampuan untuk membayar mahar (mas kahwin dan bukan hantaran). Mahar boleh di dalam pelbagai rupa. Ada sahabat yang memberikan mahar hanya dengan sebentuk cincin besi sahaja. Malah ada yang memberikan mahar di dalam bentuk surah al-Quran yang mereka hafal. Apa yang menjadi persoalan utamanya, institusi kekeluargaan itu mesti dipopularkan. Usaha untuk memudahkan pembentukan sebuah institusi kekeluargaan itu adalah satu kewajipan di dalam mana-mana komuniti. Perhubungan secara halal akan dapat mengelakkan banyak masalah social yang dihadapi masyarakat. Sayang sekali jika usaha pembentukan mahligai yang suci ini sentiasa dihalangi oleh batas-batas material yang kita sendiri ciptakan.

Ibn al-Qayyim pula mempunyai pentafsiran yang lebih ekstrim berhubung "kemampuan" yang disebutkan oleh hadis tersebut. Bagi beliau, kemampuan yang dimaksudkan ialah "kemampuan fizikal". Oleh yang demikian, barangsiapa yang tidak mempunyai kemampuan "fizikal" untuk menjalankan tanggung jawab sebagai suami, hendaklah mereka berpuasa untuk menjana kekuatan "dalaman". Walau bagaimanapun, ini bukanlah pendapat yang popular. Pendapat jumhur ulama mengenai kemampuan yang ditafsirkan sebagai kemampuan untuk membayar mahar merupakan pendapat yang kuat.

Penentuan mahar

Antara persoalan yang mungkin timbul lewat perbincangan mengenai mahar ialah, milik siapakah "penentuan mahar" tersebut. Adakah ianya milik si dara, ataupun bapanya. Di dalam pengamalan masyarakat Melayu dari dahulu lagi, si bapalah yang menentukan kadar mahar si gadis. Jika mereka letakkan terlalu murah, nanti ada yang megatakan, anak gadisnya terlalu murah. Jika mereka letakkan terlalu mahal, nanti ada pula yang mengatakan, mereka menjual anak. Maka adat dan harga pasaran tempatanlah yang menjadi ukuran. Apa yang penting, mahar adalah hak mutlak si bapa untuk menentukannya. Lazimnya di Malaysia, orang utara terkenal dengan mahalnya mahar, orang Pantai Timur terkenal dengan mahar yang rendah, manakala orang di tengah dan selatan mengukurnya mengikut keadaan keluarga dan juga kebiasaan saudara mara. Adakah ini bertepatan dengan Islam?

Di dalam Islam, si gadislah yang mempunyai kuasa mutlak ke atas maharnya. Si gadis mempunyai kuasa penuh untuk menentukan jumlah mahar yang beliau kehendaki. Walaupun al-Quran dan al-Sunnah tidak menghadkan harga siling untuk mahar, namun Rasululah SAW menasihatkan anak-anak gadis agar tidak meletakkan mahar yang terlampau tinggi. Gadis-gadis yang menuntut mahar yang rendah dipuji oleh Rasulullah SAW. Perkara seumpama ini tidak berlaku di Malaysia kita, malah ianya juga tidak berlaku di kebanyakan negara-negara Islam. Uruf atau adat yang banyak memainkan peranan. Si bapa yang mempunyai kuasa dominan sering berperanan untuk menentukan jumlah mahar anak-anak gadis mereka. Kebiasaannya, ianya diukur menurut jumlah kos perbelanjaan perkahwinan yang terpaksa mereka tanggung.

Isu yang cuba diketengahkan di sini ialah, adakah perletakan mahar yang tinggi sesuai untuk warga IPT?, ataupun kita terus akur dengan adat lantas menghalang anak-anak di IPT daripada berkahwin, semata-mata kerana halangan mahar yang tidak mampu untuk mereka bayar?

Berterusanlah anak-anak di IPT di dalam gelombang maksiat di atas nama coupling dan kebebasan individu.

Cara mengatasinya

Jika benar para siswa dan siswi ingin mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan berniat untuk menghalalkan perhubungan mereka, mereka hendaklah bernikah. Itulah sahaja penyelesaiannya. Seumpama tema NOKIA, "Nokia – connecting
people", kita mengatakan "NIKAH – Connecting people". Alasan yang sering diungkapkan ialah "Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin…"

Apakah tiada solusi yang praktikal di dalam hal ini?, tidak!, solusinya ada,Cuma kesungguhan yang tiada. Apakah solusinya?

1. Peranan Jabatan-jabatan agama dan pusat-pusat zakat

Salah seorang siswa pernah mengadukan kerenah birokrasi yang dihadapi beliau untuk bernikah di zaman pembelajaran. Jabatan-jabatan agama bagaikan tidak menggalakkan anak-anak IPT bernikah dengan mudah. Mungkin mereka lebih gemar untuk mengendap dan memberkas pasangan yang berkhalwat daripada menggalakkan anak-anak muda bernikah. Imam-imam dan para kadi juga nampaknya kurang "jantan" di dalam perkara ini. Majoriti mereka lebih takutkan prosedur dan juga apa yang termakstub di atas kertas berbanding dengan apa yang tertulis di dalam al-Quran dan sunnah. "Saya tidak ada kuasa, nanti saya yang akan kena dakwa!", merupakan ungkapan-ungkapan yang biasa didengari dari mulut para imam dan kadi yang diminta untuk memudahkan urusan perkahwinan anak-anak muda IPT yang tidak dapat melalui proses birokrasi yang konvensional.

Pernah berlaku, seorang muallaf yang ingin bernikah tetapi tidak mendapatkan
surat pengesahan masuk Islam dari Negara asalnya telah dihalang daripada
berkahwin oleh seorang jurunikah di ibu negara. Muallaf tersebut telah membandingkan proses perkahwinan yang jauh lebih mudah di negaranya yang kafir melalui khidmat gereja berbanding dengan proses pernikahan di Malaysia "Darul Islam" ini. Bukan sekali, sepanjang umur saya yang masih muda ini, sudah dua tiga kali para muallaf mengadukan hal yang sama. Lebih parah, ada di antara juru nikah yang tidak berani menikahkan sepasang muallaf hanya kerana tiada surat sokongan dari bapa si gadis yang bukan Islam. Mungkin gambaran ini hanya segelintir kerenah yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak muda bila berhadapan dengan kerenah birokrasi jabatan-jabatan agama dan juru nikah-juru nikah. Realitinya mungkin lebih banyak lagi masalah yang mereka hadapi. Tidak hairanlah mereka mengambil jalan yang mudah, iaitu dengan berzina atau bersekedudukan mahupun berpacaran yang jauh lebih mudah. Malangnya, di dalam kes mengendap dan mencekup pasangan yang berzina dan berkhalwat, personel-personel agama ini akan bersikap pro-aktif!

Sewajarnya jabatan-jabatan agama dan personel-personel agama ini memudahkan
proses perkahwinan anak-anak muda. Lebih baik lagi jika disediakan satu pakej perkahwinan IPT di mana prosesnya dimudahkan dan diberikan bonus serta saguhati. Bukankah di dalam usul al-fiqh ada kaedah "fath al-dharai’" (membuka
jalan-jalan kebaikan). Bukankah juga kaedah fiqh juga ada yang mengatakan "al-wasilah yak hudhu hukmu al-ghayah" (hukum kepada jalan yang membawa kepad sesuatu perkara adalah mengikut hokum matlamatnya). Rasulullah SAW juga ada
bersabda: "Penunjuk jalan kebaikan akan mendapat pahala seperti pembuatnya".

Jabatan-jabatan agama juga sepatutnya tidak hanya mengadakan kursus-kursus
perkhawinan, tetapi juga hendaklah menganjurkan kursus "promosi perkahwinan" dan juga "karnival nikah" seperti karnival membeli belah. Eksperiman Jabatan Agama Wilayah menganjurkan perkahwinan beramai-ramai patut dicontohi oleh semua jabatan agama di seluruh Malaysia. Pusat zakat juga sepatutnya bekerjasama dengan jabatan-jabatan agama agar dapat mengurangkan beban mahar yang terpaksa ditanggung oleh pasangan-pasangan muda ini. Upacara perkahiwnan beramai-ramai ataupun "karnival nikah" ini juga sepatutnya dijadikan upacara penarik pelancong. Laksanakan ia di Dataran Merdeka ataupun di dataran KLCC agar ianya benar-benar dijadikan sebagai karnival. Biarlah seluruh negeri melakukannya, biarlah ianya menjadi lebih hebat dari "Jom Heboh". Rasanya, kerjasama TV3 juga perlu, mungkin mereka juga boleh menjadikannya sebagai acara
"Nikah Heboh". Karnival tersebut jangan hanya diserikan dengan acara nikah dan makan sahaja, tetapi pameran, forum perdana, ceramah, persembahan nasyid dan sketsa serta jualan murah barang-barang keperluan harian untuk keluarga juga patut dijadikan acara sampingan.

2. Peranan IPT

Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan dimasa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini.

IPT-IPT juga wajar menganjurkan carnival nikah untuk mengurangkan perbelanjaan
kenduri kahwin oleh para pasangan muda. Jadikan ia acara tahunan. Pusat zakat
juga boleh memainkan peranan mereka untuk membantu IPT-IPT di dalam menjayakan hal ini. Saguhati atau bonus juga sepatutnya diberikan kepada pasangan-pasangan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Sebagai contoh, mereka yang mendapat CGPA melebihi 3.5, bonus daripada HEP akan diberikan. Melalui cara yang sedemikian, masalah penurunan prestasi belajar siswa dan siswi yang telah berkahwin akan dapat
diatasi. Blok asrama untuk kelamin juga wajar diwujudkan untuk mengurangkan kos sewa rumah di kalangan pasangan-pasangan muda di IPT.

Yakinlah, jika perkara seperti ini tidak dilakukan, gejala maksiat akan semakin berleluasa di masa hadapan. Lebih ditakuti lagi, apabila maksiat sudah dipandang biasa dan sudah menjadi norma. Pada waktu itu, masyarakat yang wujud akan menjadi masyarakat yang bobrok serta punah. Jika IPT-IPT tidak mengambil inisiatif pun, akan sentiasa terdapat pasangan siswa dan siswi yang akan menggunakan cara lain untuk bernikah. Kelazimannya, Golok akan menjadi destinasi terkahir mereka untuk menghalalkan perhubungan cinta yang sudah tidak dapat dibendung dan dihalang.

3. Simpanan khas

Para siswa dan siswi tidak sewajarnya hanya mengharapkan pihak lain melakukan sesuatu sahaja. Mereka perlu bersikap pro aktif. Para siswa dan siswi sepatutnya telah mula merancang kehidupan mereka di masa hadapan semenjak hari mereka mengakhiri peperiksaan SPM. Satu akaun khas untuk kehidupan masa depan wajib diusahakan. Pastikan sejumlah daripada segala pendapatan bulanan dimasukkan ke dalam akaun khas tersebut. Lebih baik jika ianya dimulakan lebih awal daripada itu. Bukan hanya pihak siswa sahaja, malah pihak siswi pun sepatutnya juga mempunyai usaha yang sama. Pastikan segala duit perolehan hasil durian runtuh juga dimasukkan ke dalam akaun khas berkenaan. Usaha sebegini akan memberikan keyakinan kepada ibubapa bahawa anak-anak mereka sudah matang dan mempunyai wawasan.

Kebiasaannya ibubapa ragu-ragu tentang kematangan anak-anak. Mereka masih lagi risaukan tahap pemikiran dan kematangan anak-anak mereka. Turut silap juga ialah anak-anak juga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan kematangan. Para ibubapa tidak dapat melihat bukti yang anak-anak mereka benar-benar mampu untuk berdikari. Perkara sebaliknya jika mereka mendapati anak-anak tersebut telah mempunyai perancangan dan mempunyai wawasan. Kematangan anak-anak akan segera dapat dihidu. Amat mengecewakan ramai di kalangan siswa dan siswi yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai perancangan yang teliti dan boleh dipercayai. Lebih mengharukan lagi jika mereka hanya beriya-iya hendak kahwin di mulut sahaja, tetapi tidak bersikap matang di dalam tindakan. Di dalam hal ini jangan dipersalahkan ibubapa yang bersikap konservatif, salahkan diri sendiri dahulu. Moralnya, mulalah mengumpul duit dari sekarang!

4. Pendapatan sampingan

Di pasaran kini, buku-buku mengenai mencari duit tambahan akan laku seperti goreng pisang panas. Buku-buku karangan Robert Kiyosaki, Azizi Ali, dan lain-lain tokoh dalam dan luar Negara menjadi "best seller". Mengapa?, kerana tuntutan hidup di era globalisasi ini memaksa kita mencari pendapatan sampingan. Begitu juga halnya dengan para siswa dan siswi. Apabila disebutkan pendapatan sampingan, jangan hanya terbayangkan restoran-restoran makanan segera sahaja. Zaman kini adalah zaman "outsourcing". Kebanyakan projek-projekyang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar akan dibahagi-bahagikan kerjanya kepada syarikat-syrikat kecil yang lain. Bagi sesiapa yang pandai di dalam bidang grafik, reka bentuk, media, multimedia, peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan sentiasa terbuka luas. Hanya perlu rajin lebih sedikit sahaja.

Bagi yang pandai menulis dan melukis, mereka juga boleh menggunakan bakat tersebut untuk menjana pendapatan. Penjualan buku-buku, terutamanya novel
dan cerpen kini menjadi begitu popular. Terokailah ia untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas, ruang motivasi, tiusyen, dan banyak lagi kerja-kerja akademik yang boleh mereka lakukan. Bagi sesiapa yang lebih rajin, carilah pensyarah-pensyarah yang sedang melakukan pengkajian dan juga
penyelidikan. Kebiasaannya para pensyarah tidak akan cukup dengan seorang pembantu kajian (research assistant). Tawarkan khidmat anda, mereka pasti akan gembira untuk mengupah anda bekerja. Peluang perniagaan melalui khidmat khidmat juga ruang yang boleh dieksplorasi oleh para siswa. Terdapat juga di kalangan siswa dan siswi yang terlibat dengan perniagaan MLM, tetapi risikonya tinggi. Perkara yang sering berlaku ialah waktu mereka akan dihabiskan dengan banyak untuk tujuan berkenaan. Mungkin perniagaan insurans lebih ringan daripada MLM.

Apa yang penting di sini, para siswa dan siswi hendaklah mula mengumpul duit untuk berkahwin melalui pendapatan sampingan. Usaha ini akan membantu para siswa dan siswi membina keyakinan di hati para ibubapa. Jikalaulah mereka beralasan anak-anak tidak mampu lagi untuk berkahwin kerana kelemahan di
bidang material, maka jika siswa dan siswi tadi sudahpun mempunyai pendapatan sampingan, mereka akan mati hujah. Pengalaman mencari duit di alam kampus
juga akan membantu para siswa dan siswi di dalam alam kerjaya mereka. Mereka akan menjadi lebih berdikari, berpengalaman dan lebih berkeyakinan untuk menempuhi kehidupan pasca kampus. Jika mereka ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. Apatah lagi jika kerja-kerja itu dilakukan untuk menyahut seruan
Allah dan RasulNya.

Kesimpulan

Tiada masalah yang Allah berikan kecuali di sana ada jalan penyelesaiannya. Di sebalik semua ujian dan cabaran ada hikmahnya. Kelebihan anak-anak Adam yang tiada pada makhluk lain adalah akalnya. Lontaran ide-ide di dalam artikel ini
hanyalah sebahagian dari cetusan minda seorang pendidik. Para siswa dan siswi tentunya lebih kreatif dan lebih mengetahui hal keadaan mereka. Seperkara yang penting, para siswa dan siswi Muslim harus sedar tujuan kehidupan kita diciptakan. Kemuncak kehidupan seorang hamba ialah jika mereka dapat memastikan setiap detik dan saat di dalam kehidupannya berlandaskan syariat Allah. Pastikan juga redha dan juga cinta Allah yang menjadi buruan. Pernikahan adalah sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya. Perkahwinan juga merupakan wasilah untuk seorang hamba menjauhi larangan Allah. Perkahwinan juga akan dapat membantu para hamba untuk melalui setiap langkah di dalam hidupnya di atas naungan kecintaan Allah. Mengapa bertangguh lagi?, Ayuh segera mulakan langkah!

Monday, July 20, 2009

Hati-Hati Malaysia


Sedang Anmri Yahya berbangga dengan 2 jaringannya pada minit ke-40 dan 64 dengan Manchester United, sehari sebelum itu Indonesia sekali lagi di bom. Huh! bala' datang lagi ke Indonesia. Kali ini saya merasakan ianya memang benar-benar dirancang khas oleh yahudi. Sedang Hillary Clinton sedang sibuk mempengaruhi India untuk menyokong Pakistan dalam kempen memerangi pengganas. Maka, perlawanan Manchester United dengan Indonesia dibatalkan.

Fakta kes yang pertama. Mengapa terdapat dua orang mangsa yang ada kaitan dengan Amerika Syarikat yang telah dihantar ke singapore untuk dirawat sedangkan ramai lagi mangsa yang lebih parah dari 2 orang mangsa tersebut.Ini kerana,jika ianya melobatkan rakyat Amerika Syarikat, maka peluang untuk campur tangan urusan tersebut akan berlaku, dan sistem pertahanan Indonesia akan di pengaruhi oleh Amerika Syarikat dan mudah lah untuk membina pangkalan US.

Fakta kes yang kedua. Apabila sesebuah negara tidak dapat dilawati oleh mana-mana pelawat, atas alasan, keselamatan, ditambah pula baru sahaja berlaku pengeboman, maka di situ ada pengganas. Checkmate! Di situ ada pengganas, Amerika Syarikat akan memeranginya, dalam slogannya. Maka, pelbagai tipu helah akan di lakukan oleh Amerika Syarikat untuk melakukan siasatan untuk mencari bukti. Maka unit khas akan di hantar.

Konklusi daripada kedua-dua perkara tersebut ialah, Indonesia akan diserang oleh Amerika Syarikat dengan sekelip mata akan menjadi seperti Afghanistan dan Iraq. Jadi, macam mana dengan Malaysia, mereka akan memuji Malaysia sebelum menyerang, atau akan membisukan Malaysia seperti dilakukan keatas Saudi dan negara-negara Teluk. Binggo!

Saturday, July 4, 2009

wake up call!

Orang Melayu itu Islam dengan kedatangan saudagar Islam ke Tanah Melayu ini dengan mudah nya, Alhamdulillah, atas nikmat dan inyah Allah, Melayu itu telah Islam seluruhnya. Pelbagai usaha di lakukan oleh pihak kerajaan Melaka untuk memberikan kefahaman Islam kepada segenap pelusok orang Islam-Melayu yang berada di Melaka pada ketika tersebut. Akan tetapi, sesuatu yang mengecewakan pada ketika tersebut ialah, kebanyakan orang melayu kurang berperan serta dalam memajukan ekonomi yang sedia ada.Oleh kerana kemakmuran yang ada dan kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan bukan rakyat, menyebabkan perkara ini berlaku. Bersifat sederhana dengan tidak meningkatkan kemajuan kehidupan yang dilalui, orang melayu telah leka.Mereka tidak sedar bahawa nenek moyang mereka yang berhijrah dari kepulauan Indonesia untuk membuka Kerajaan Melaka, bukanlah mudah. Dilalui dengan Perit jerih. Maka, akibat dosa malas tersebut, orang melayu telah ditimpa bala yang sungguh berat sehingga terpaksa menanggung siksa penjajahan selama 466tahun dibawah 3 kuasa. Malu sungguh Melayu itu kerana merintih di negeri sendiri. Sesugguhnya, Allah telah berfirman bahawa, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasib dirinya sendiri. Maka sedarlah orang melayu bahawa mereka perlu merdeka. Pelbagai graduan Melayu daripada segenap pelusok tanah melayu telah menyuarakan semangat mereka di dalam al-Imam dan beberapa akhbar lain di tanah melayu. Maka itulah pertama kali selepas 466 tahun Melayu mendapat wake up call untuk bangun dan mewujudkan negara yang merdeka dan bebas dan meletakkan Islam sebagai agama Rasmi tanah melayu persekutuan. Langkah yang dilalui penuh hati-hati agar tiada yang tersilap. Maka merdeka lah bangsa Melayu itu pada tanggal 31 Ogos 1957. Dalam meniti titian hidup yang penuh getir ini, Bangsa Melayu tidak pandang kebelakang lagi, bersatu dan terus maju mendukung aspirasi yang jelas membuka ruang untuk mentadbir dengan baik. Rupa-rupanya, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih susah daripada memperolehi kemerdekaan. Maka pada PRU-12 yang lepas Melayu terbahagi kepada 3 kerana bangsa asing yang memecah belahkan mereka. Melayu seolah-olah mencari bapa yang lain, atau parti yang agar hasrat keduniaan mereka tercapai. Telah hilang semangat perjuangan dalam diri mereka, dan yang ada adalah dasar mementingkan diri sendiri untuk memenuhi nafsu bujuwwah masing2. Itu tidak termasuk lagi dengan mereka yang telah mengorbankan diri mereka dengan jarum berisi dadah yang berada di 'serenti centre'. Malulah kita sebagai melayu, jangan kita hancur di bumi sendiri dan menjadi hamba di tanah kelahiran kita. Wake up call untuk melayu! Lihat di Kedah, apa sudah jadi dengan DAP? Konon Pakatan Rakyat yang akan membela rakyat. Ingat! Walaupun bangsa lain berada dalam Malaysia, merka tidak memperjuangkan kemerdekaan, yang memperjuangkan kemerdekaan adalah orang Melayu!!!

Monday, June 1, 2009

KAHWIN AWAL

Adakah berkahwin awal satu tuntutan pada masa sekarang? Persoalannya sekarang adakah seseorang yang muda yang umur meningkat ke 20 tahun dan telah menpunyai couple atau tidak, tapi mepunyai keinginan untuk berkahwin awal adalah jalan terbaik buat remaja masa kini.? Adakah dengan kahwin awal dapat menyelamatkan dari segala kejahatan(maksiat) kepada Allah?a

Cuba kita lihat perkahwinan itu sendiri ialah menghalalkan segala yg haram. Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin. Persoalannya adakah kahwin itu suatu ibadat??

Saidina Abbas lebih cenderung untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat, ataupun ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah.

Yang dimaksudkan oleh Saidina Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada Allah SWT kerana dorongan syahwat yang telah ditakdirkan kepada keturunan Adam, kecuali setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, seorang tok lebai yang baik budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya sebagai tok lebai itu belum boleh menjadi suatu jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.

Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh pancaroba; buka jendela di pagi hari, sudah lihat perkara-perkara yang boleh mengoda perasaannya. Sedangkan di zaman Saidina Abbas r.a itu pun beliau telah merasakan tidak selamat tanpa berkahwin, betapa pula di zaman sekarang yang begitu banyak pendedahan perkara-perkara yang membangkitkan keinginan seseorang terhadap syahwat.

Oleh yang demikian perkahwinan menjadi suatu perkara yang sangat mustahak kerana ia akan menjadi perisai kepada keimanan.

Tidak sempurna suatu ibadat kecuali ia dilakukan dengan kelapangan hati. Kelapangan dan ketenangan hati akan lebih mudah dicapai setelah Seseorang itu menempuh perkahwinan. Jika seseorang itu memerlukan makan minum dan pakaian serta tempat tinggal bagi menjaga kepentingan fizikal, demikian juga nafsu syahwat yang Allah kurniakan itu juga memerlukan penyelesaian. Jika itu tidak dilakukan maka pastilah ketenangan hati sukar dicapai.

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu:

"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu. Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."

Keimanan adalah suatu hidayah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sekiranya iman itu telah dicabut lantaran hamba tersebut melakukan zina maka tidak mudah Ia hendak dibina kembali atau diperolehi semula. Kerana perbuatan zina itu adalah perbuatan orang yang fasik dan zalim yang tidak mendapat hidayah dari Allah SWT.

Demikian beberapa pendapat dan pandangan seorang sahabat Rasulullah SAW tentang perkahwinan dan keperluannya.

Sesungguhnya banyak keterangan di dalam al-Quran tentang adab-adab nikah, dengan adanya ayat-ayat yang mendorong ke arah perkahwinan itu. Terdapat begitu banyak kisah para nabi-nabi yang menjelaskan kehidupan mereka bersama isteri-isteri serta mempunyai anak dan cucu.

Terdapat di dalam ungkapan dan doa para nabi yang bermohon kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengurniakan kepada mereka anak-anak dan cucu sebagai seuatu yang menjadi tenang mata memandang (Qurrota Aaayun). Doa-doa tersebut membuktikan bahawa nabi-nabi atau orang yang soleh melakukan perkahwinan.

Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: "Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya."

Hadith tersebut membayangkan ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menikahkan anak-anak perempuan mereka yang remaja, kerana untuk menjaga kebajikan anak-anak remaja itu dan melindunginyadengan perkahwinan itu agar ia terselamat dan terjerumus ke lembah perzinaan yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan iman.

Permasalahnya sekarang bila ditanya oleh couple2 jawapan yang mereka berikan “saya belum bersedia lagi” tapi apabila melihat kembali sudah pun bersedia keluar sekali, berpegangan tangan, jadi jawapan yg diberikan sama sekali tidak bersasas. Bukankah itu menunjukan kesediaan kepada “Mukadimah Zina??”

Dalam hal ini Agama sudah jelas membawa kepada kita. Dengan panduan yang baik demi kesejahteraan umat itu sendiri. Dalam konteks masalah ini banyak pandangan ulama dalam hal masalah ini.dengan banyaknya masalah sosial, rogol, sumbang mahram dan sebagainya. Adakah masalah ini akan belanjutan sehingga generasi yang akan datang?? Dalam masalah ini saya bawakan pendapat Dr.Abdullah Nasih Ulwan yang menyarankan perkahwinan segera dan pengislahan persekitaran sahaja yang boleh menyelesaikan masalah sosial ini. Tentu usaha kita terhad tanpa bantuan pihak berkuasa.

Perkahwinan adalah satu syariat, tuntutan dan kewajipan dalam membina masyarakat yang unggul. Allah s.wt telah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu jalan keluar kepada pelbagai perkara. Bukan bermaksud mensyariat kahwin awal bermaksud kawin di bawah umur mengikut undang-undang yng berbeza setiap Negara. Tiada sempadan umur layak berkahwin dalam islam. Usia “shabab” atau belia remaja dalah waktu sesuai untuk mendirikan rumah tangga berdasarkan seruan Rasulullah S.A.W

يا معشر الشباب من استطاع منكم البأءة فليتزوج فاءنه أغض للبصر و أحصن للفرج و من لم يستطع فعليه بااصوم فاءنه له وجاء

Maksudnya: “Wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah, Sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu, memelihara kemaluan mu(kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa. Sesungguhnya ia adalah pencegahnya”

Pada usia inilah tenaga, kekuatan dan kehendak seks itu berkumpul. Rasulullah S.A.W juga menyarankan agar memilih pasangan yang di kalangan mereka yang muda kerana masing-masing akan melayan kehendak pasangan, melaksanakan tangungjawab rumah tangga. Bagi wanita pula, inilah masa sesuai untuk melahirkan zuriat yang sihat dan generasi yang baik demi kesejahteraan ummah.

Bagi permasalah ini pula akan timbul bagi pasangan yang tidak mampu dari segi ekonomi. Kalau nak kahwin kena ada duit. Kalau tak macam mana nk tangung isteri dan anak2?? Melihat pemasalahan ini memang ia tidak dapat dinafikan ia adalah sangat penting tetapi kita perlulah berusaha melihat di hadapan dengan lebih positif. Dan inilah yang di anjurkan dalam Islam. Kerja dengan niat yang baik adalah ibadat. Janganlah kita bimbang akan rezekinya. Sebab Tuhan yang memberikan rezeki. Bahkan rezeki itu sendiri tidak akan datang melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh.

SARANAN&HUJAH

Hujah yang mengalakkan kahwin segera awal boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:

وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وامائكم ان يكونوا فقراءيغنهم الله من فضله والله واسع عليم

Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”.

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan mereka.

Arahan “kahwinlah” menunujukan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan. Tanggungjawab ini tepikul kepada penjaga sama ada lelaki atau wanita.

Janganlah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yang dipertanggungjawabkan sangup menghalang anak jagaannya daripada berkahwin .Tidak sepatutnya bagi seseorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yang kukuh.

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Jelas baginda menganjurkan kepada penjaga agar kahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunyai agama, akhlak, amanah. Ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahagia. Ada pun meletakkan syarat-syarat tambahan di takuti memberatkan bagi jagaannya mencari jodoh seterusnya mebawa fitnah kerosakan di dalam masyarakat.


Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.

Dari fatimah binti Qais , Sesungguhnya Rasulullah saw telah megarahkannya mengahwini Usamah bin Zaid pada ketika itu berusia belum menjangkau 16 tahun. Nikahlah kamu akan Usamah bin Zaid” Maka aku enggan. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda “Nikahlah dengan Usamah bin Zaid”. Maka aku nikahinya. Maka Allah swt telah memberikan kebaikan kelapangan(Riwayat muslim)

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, Janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Jelas pada kita bahawa Nabi telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita. Dan Nabi juga memahami keinginan remaja apatah lagi dengan nafsu yang kuat. Nabi memberi kaedah seperti puasa. Dengan berpuasa dapat menahan dari seseorang dari mengikut hawa nafsu. Seperti pepatah “Nasfu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah maka ia akan mennyibukkan dirimu dengan perkara-perkara batil”. Dengan itu jelas bahawa perkahwinan di usia muda adalah satu rahmat kebaikan dan dapat menyelamatkan seseorang itu dari fitnah dan maksiat. Antara-antara kelebihan-kelebihan perkahwinan awal adalah mendekatkan diri kepada Allah swt dan agama. Adalah ibadat dan sempurna ibadat dengan berkahwin, menjaga dan menyelamatkan hubungan sesorang itu dengan ikatan yang sah dapat melahirkan zuriat dan keturunan yang baik, menjaga dari hilangnya kemanisan perkahwinan itu, masa dengan pasangan adalah lebih dan dapat merancang dengan baik, budaya “ becouple” ketika kahwin adalah terbaik.