Sunday, November 15, 2009

Kemana ingin di`rempit`kan

Sejak awan malam masih muda lagi,remaja muda-mudi sudah berkeliaran memerah throttle motor yang pasti memekakkan telinga.motor-motor yang dinaikki sungguh hebat,walaupun motor sang penulis ini juga tidak kurang hebatnya(kriss upgrade)tetapi,alhamdulillah,iman didada menguasai diri.Malam minggu itu seakan-akan berpesta,di hadapan HTAA(Hospital Tengku Ampuan Afzan),team-team berkereta turun dari terengganu dan budak-rempit turun ke kuantan.Mereka yang kaki rempit ni,(walaupun tangan yang memulas) kerapnya dari kawasan Berserah,kuantan dan Gambang,Kuantan.

Mereka yang berlumba juga,terdapat kaedah dan seakan-akan syarat-syarat yang dipatuhi semua pihak.Sebagai contoh,mereka akan bermain mengikut classnya yang tersendiri,motor yang berkapasiti rendah akan berlumba bersama mereka,dan berkapasiti tingi akan berlumba bersama mereka.Pelbagai akasi akan kelihatan ketika disana,para penonton yang duduk di parking lot,bersebelahan Shell pump akan menyaksikan dengan penuh khusyu`.

Itulah situasi mat rempit di Kuantan.Kita beberapa kaji faktor yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian makhluk.Antarannya ialah:-

-kurangnya program bermanfaat untuk rakyat jelata Pahang.Kebanyakan rakyat di Pahang hidup dalam keadaan yang agak materi yang mencari dunia.Tidak terdapat program yang mengisi aktiviti mereka ketika hujung minggu.Maka,masa Malamnya itu,dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang tak berfaedah.melepak,dan sebagainya.

-penduduk diKuantan ini,kadar pembangunan lahiri tidak selari dengan pembangunan insani atau modal insan.Bangunan yang agak mewah berkonsepkan,pelancongan adalah aktiviti utama telah menyebabkan rakyat jelata negeri Pahang menjadikan itu adalah perkara pokok dan mengenepikan perkara lain,termasuk soal sosial anak-anak.Pembangunan duniawi perlulah seiring dengan pembangunan ukhrawi agar kelebihan dan kemajuan yang ada,tidak disalahgunakan.

-Penduduk di Pahang mempunyai terlalu banyak masa terluang.Masa terluang tersebut perlulah diisi dengan baik.Sebagai contoh,sekolah agama pendidikan perlulah ditubuhkan di negeri pahang agar anak-anak faham nilai hidup mereka sebagai hamba dan khalifah.

-Kerajaan negeri Pahang juga perlu kerap mengadakan perlumbaan secara halal agar mereka tidak ketagih merempit di jalanan.Bakat-bakat keberanian ini,perlulah disalurkan ketempatnya.Mereka mempunya peluang dan cita-cita,tetapi disalurkan pada tempat yang salah.Begitu juga dengan jurutera-jurutera tidak bertauliah dibelakang tabir yang perlu ditabik.Motor yang sepatutnya mencapai kelajuan 120km sejam mampu di upgrade sehingga kelajuan mencecah 180km sejam pada kapasiti engine 110cc sahaja!Kepakaran ini perlu dimanfaatkan malaysia

Terdapat banyak lagi faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.Malah bukan di negeri Pahang sahaja,juga di negeri-negeri lain seantero Malaysia.Sebagai insan yang faham,jauhilah perkara ini,didiklah anak-anak untuk mengihindarinya juga.Wallahu`alam

No comments: