Tuesday, November 17, 2009

Melompat lebih tinggi..


Manusia ini dijadikan dengan nafsu yang bakal menyesatkan.Akan tetapi,nafsu itu janganlah dilawan,janganlah dituruti kehendaknya.Bak kata bidalan,ikutkan kata binasa,ikutkan hati,mati..
Maka begitulah hendaknya...Maka,samada kita sedari atau tidak,sebenarnya melakuakan dosa itu cukup susah,berhabis duit,masa dan tensyan jika tersalah membuat salah.Sedangkan ianya sangat contra dengan melakukan kebaikan yang bukan sahaja merasakan ketenangan yang teramat tenang malah lebih mudah melakukannya..

Selain itu cebisan idea ini menimbulkan seribu satu persoalan,adakah dosa itu akan membuatkan kita berundur kebelakang?ya,sudah pasti,performance dalam arena yang lainnya juga akan terjejas sekiranya kita tetap melakukan dosa secara frequent-nya.Sebagai contoh,orang yang tetap melakukan maksiat sebenarnyamembinasakan dirinya sendiri dengan kegagalan dibidang yang lain.Seandainya seorang pelajar tetap melakukan maksiat,maka sudah pasti pelajarannya akan merudum,result akan teruk.Walaupun tanpa disedari,maka itulah yang berlaku.Akal fikiran yang terganggu akan menyebabkan segalanya akan mula ditarik nikmatnya oleh Yang Rabbi.

Apakah yang terjadi kepada pendakwah yang bukan sahaja berdakwah,malah melakukan dosa serentak??Ada dikalangan mereka berkata,dosa sama banyak dengan pahala..Mustahil!kita bukan penghitung dosa-pahala.Mungkin kita mahir mengira,malah pakar dalam Calculus,mathematic mahupun number theory bahkan sudah mendapat kedoktoran in mathematics pun,belum tentu boleh ,mengira pahala-dosa kiraan Tuhan Pencipta Alam.

Apakah yang terjadi sekiranya melakukan dosa,tetapi masih lagi kaya,masih lagi pandai dan tak terasa pun Tuhan mneghukum kita??Awas!!anda mungkin dalam bahaya,perbanyakkan beristighfar.Kerana itu tidak bermakna Tuhan meredhai anda walaupun melakukan dosa.Tetapi itu sebagai satu dugaan untuk anda tetap melakukan dosa.Berawaslah,takut-takut Tuhan dah tak pandang lagi kita ini,bukan sahaja hamba yang kerdil,malah hina.Sudah lah hina,tak dipandang pulak tu.Jika Tuhan dah pandang kita,kita lebih hina darikucing kurap.Awaslah teman-teman kerana mehnah dan tribulasi era ini sungguh dahsyat malah fitnah yang teramat.

Apakah alamat yang menunjukkan bahawa anda telah menjauhi keburukan dosa hina dina ini?Anda sudah mampu untuk mengorak langkah lebih jauh,MELOMPAT LEBIH TINGGI untuk melakukan paradigm dalam diri malah semakin ringan melakukan pahala,dosa semakin ditakuti dan kekhusyukan solat itu lebih terasa.Teman-teman,tinggalkanlah maksiat agar kita sama-sama untuk melompat lebih tinggi ,enggapai cita-cita tinggi Islam.

Akhir kalam,perbanyakkan amal,perkukuhkan jentera Islamiyyah atau madu` yang anda ada,duduklah dalam jemaah.Carilah lembali rakan-rakan seperjuangan amda yang boleh sama-sama menyumbang untuk agama tercinta ini.Semoga amal kita dihitung dengan kiraan berat pahala melebihi berat dosa.Wallahu`alam..

No comments: