Friday, April 30, 2010

Menuntut Hak Sebenar

"Dilarang kamu membunuh saudara kamu tanpa hak..."
perkara tersebut telah dijelaskan oleh Allah didalam al-Quran dengan jelas agar manusia tidak membunuh orang lain tanpa hak.Perkara ini mempunyai banyak hukum dan ianya boleh sehingga mencapai hukum bunuh balas bunuh(Qisas)

Dewasa ini,kita dikejutkan dengan peristiwa yang menyedihkan yang menimpa adik aminulrasyid yang didakwa ditembak oleh Polis.Perkara sebenar yang berlakutidaklah diketahui secara jelas kerana mempunyai pelbagai cerita daripada pelbagai sumber.

Akan tetapi perkara yang perlu ditekankan disini ialah mengenai prilaku polis tersebut yang sehingga menyebabkan kematian.Walhal adik tersebut hanya melakukan kesalahan trafik.
Kita kupas dari dua sudut yang berbeza.

Kesalahan dari sudut adik tersebut adalah dari segi kesalahan trafik.Yang mana,arwah tidak mempunyai lesen memandu kereta tambah pula,masih berumur 15 tahun sudah memandu kenderaan yang sudah pasti mengundang nyawa pemandu lain.Perkara yang lain ialah,apakah ibu mangsa tidak mampu mengawal anaknya yang mungkin sudah biasa memandu tanpa lesen.

Perkara kes kedua,kesalahan dari sudut polis tersebut.Setiap polis hanya dibenarkan menembak tayar kenderaan yang dikejar dan hanya dibenarkan menembak kaki pesalah.Tidaklah sehingga menyebabkan kematian.Selagi mana pesalah tidak menggunakan senjata dan tidak mengancam nyawa polis tersebut,maka perlu lah diberkas dalam keadaan hidup.

Perkara ini mengundang kemarahan rakyat.Dua dua poli dan pesalah mempunyai kesalahan,tetapi kesalahan yang lebih besar adalah melibatkan nyawa.

No comments: