Wednesday, October 20, 2010

Meniti tugas dan tanggungjawab...


Saban hari,manusia tidak jemu-jemu mencari dan mengejar harta dunia yang dirasakan mampu memberi seribu satu rasa yang dianggap puas. Adakalanya,kesemua dikecapi,akan tetapi masih cukup tidak puas dengan yang diperolehinya. Kemanakah kiblat sebenar mereka?
sehinggakan meletekakkan rezeki pada bahu makhluk sedangakan pemberi rezeki dibelakangkan. Apakah mereka tidak sedar dan melihat malapetaka yang pernah melanda kaum-kaum terdahulu hatta kehancuran yang berlaku di negara jiran?

Kita tinggalkan sejenak persoalan tadi agar ianya sentiasa diingatai dan kita sering berfikir. Lambaran hidup kita pula dibuka...maka siapa kita? yang acap kali terliur dengan pandangan majazi dunia dan bumi ini. Dan adakalanya, diantara kita tersungkur di pintu syurga dek kerana kegagalan mengawal nafsu dan kegagalan menggunakan nikmat akal langsung diketepikan iman dan ihsan yang cukup bermakna.

Persoalan hidup dihampirkan lagi dengan tugas dan tanggungjawab kita kepada agama dan negara. Adakah kita seorang yang sering memikirkan dan merasakan tanggungjawab terhadap sesama muslim?atau, adakah kita hanya membesarkan perut,membesarkan diri, harta kekayaan membesarkan anak? Malah ada diantara kita yang sering lupa kegagalan berjalan tegak di titian sirat lantaran kegagalan berlaku adil terhadap isteri.

Maka,sebenarnya, banyak lagi tugas lain ang perlu titik beratkan.tentang kaum keluarga,tentang sahabat handai,tentang jiran tetangga,tentang anak bangsa melayu,tentang umat Islam sejagat yang mereka masih memerlukan bantuan dan pertolongan kita.
Perjalanan masih jauh.dan dipenguhujungnya kita masih mengatakan nanti kepada malaikat maut.adakah ternanti?tidak..nyawa akan sampai dikerongkong juga..lakukan amal sebanyak mungkin dan hindari larangan agar beroleh barakah....kita hayati lirik lagu hujan...

Gundah gulana bagaikan penjara
Sesekali kubuka mata
Ingin kembali walaupun seketika

Chorus:
Biar terus ku berlari dan lari
Waktu yg sama ku mencari
Jalan keluar dari mimpi ini ( 2x )

Ku dikejar bayang hitam
Memberi arahan yang buta
Sesekali kubuka mata
Ingin kembali walaupun seketika

Chorus

Takkan pudar
Jika ku lepaskan segalanya kepadamu


No comments: