Friday, January 16, 2009
Dasar Ekonomi Islam Serantau
Melihat kepada perkara yang sedang belaku kni,terasa terpanggil untuk mewujudkan satu gagasan ekonomi baru untuk Persatuan Pelajar Islam Nusantara.Kehebatan ekonomi negara eropah membuatkan mereka berani untuk menawarkan jerat bank dunia kepada kebanyakan negara-negara Islam sebelum mereka meratah ummat muslim.Saban hari kita melihat Israel laknat membedilkan negara kiblat kedua ummat Islam yang di kenali sebagai Palestin.Tidakkah kita hairan apakah yang menyebabkan negara-negara teluk sekitar Palestin tidak menghulurkan bantuan??Ya jawapan nya kerana kelumpuhan ekonomi yang di jajah oleh ngara eropah.Melihat kepada perkara ini,rupa-rupanya negara-negara teluk telah meminjam wang dari bank duia pada jumlah yang sangat besar.ini adalah strategi yang digunakan oleh Amerika yang dikawal oleh Israel laknatullah.Maka,atas kesedaran itu,sewajarnya kita sedar untuk mewujudkan Dasar Ekonomi Islam Nusantara.Sebagai satu badan induk yang akan membantu mana-mana persatuan pelajar Islam seluruh asia tenggara agar dakwah Islamiah itu berjalan dengan lancar sekali.Dana tersebut akan dikumpulkan sebanyak yang mungkin yangakan diperolehi melalui syarikat-syarikat muslim asia tenggara.Dengan pengukuhan dasar ini,seluruh pergerakan persatuan pelajar Islam serantau ini akan mempunyai sumber ekonomi yang cukup kukuh untuk bergerak.Seperti dalam pembentangan yang disampaikan oleh saudara Yusri Mohamad Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia dalam Muktamar Amal Islami Malaysia yang telah dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah,beliau menegaskan bahawa, antara kekuatan Jeamaah Islam ialah pengukuhan ekonomi dengan mendapat sumber yang berkat.Maka, dengan itu, saya selaku ahli PKPIM akan mengusulkan perkara ini kepada Naib Presiden Antarabangsa PKPIM untuk melaksanakan agenda ini bermula Muktamar Sanawi Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara yang akan berlangsung pada Februari ini.InsyaAllah,Hidup Biar Berjasa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment