Friday, January 2, 2009

merdeka!

MERDEKA ! awal-awal tahun tiba-tiba merdeka?selambe je.....saat hati menerima pekerjaan sambilan di Perkim MKIM sebulan lebih yang lepas diharapkan bos memahami untuk membenarkan tugasan selaku "pentol"(ketua dalam bahasa jawa) bagi kelab perkim uiam.Namun,hampir menjadi longlai aku dibuatnya.Kerja tak tertanggung sehingga menyebabkan aku tertekan untuk melunaskan segala taklifat yang telah diberikan.Hampir sebulan itu juga,aku ketandusan tenaga untuk menguruskan kelab dan hampir sebulan itu juga aku tertinggal banyak peristiwa yang bermakna seperti program dan penghantaran petisyen bantahan.Pendek kata,aku jadi hampir lumpuh.Kini,aku ingin bangun semula.Aku tahu di mana ketajaman dan kepantasan yang aku ada untuk menyelesaikan semua ini.Ya,aku perlu melepaskan mana-mana jawatan yang ada padaku.Yang pasti,jawatan sebagai hamba Allah dan sabagai penuntut adalah tanggungjawab pertama dan terutama.Ku sedar,diri ini hampir dikaburi nilai dunia yang semakin dihirup semakin haus.aku akur..aku lebih rela menunggu untuk menjadi guru tahfiz dari manjadi setiausaha yang kerjanya hampir menimbun saban hari.Kaki ini rasa bebas selepas meghantar notis berhenti kerja petang tadi.huh!ku hadapi juga..Suri hati ku sering peringatkan tentang hal ini,namun kedegilan menghantui diri dari kelmarin lagi.Tidak mengapa lah.Aku faham dan kene sedar keutamaan bagi diri ku.maka,dengan ini,aku isytiharkan merdeka!!

No comments: